Teknik Bagi Menghilangkan Pipi Tembam


Pipi Tembam Ada Yang Berasa Comel Dengan pipi Tembam Ada Juga Yang Terseksa Memiliki Pipi Yang Tembam Atau Cubby. Kebanyakan Perempuan Bermimpi Memiliki Pipi Tirus Bagai Pauh Dilayang, Jadi disini Ada Beberapa Tips Yang Hebat  Membantu Anda Hilangkan Pipi Yang Tembam,
1. Latihan Fizikal
Kardio merupakan sukan yang boleh membantu mengurangkan lemak pada kawasan pipi. Lihat juga apakah pipi chubby Anda juga disebabkan kerana berat badan yang berlebihan. Jika itu masalahnya, maka anda perlu melakukan program penurunan berat badan. Sempatkan untuk berlatih aerobik setiap hari. Bila anda pemilik tubuh kurus dengan pipi tembam, cuba lakukan jogging atau jalan cepat selama 30 minit. Lakukan langkah ini setiap hari untuk melancarkan peredaran darah dan meningkatkan metabolisme tubuh.
2. Jaga Pengambilan Makanan
Selain sukan, anda juga harus menjaga pengambilan makanan. Kurangkan pengambilan garam, kerana kandungan garam yang tinggi pada tubuh akan membuat wajah kelihatan bengkak. Elakkan juga makanan atau minuman mengandungi banyak susu, minyak dan lemak. Perbanyak pengambilan makanan yang mengandungi asid lemak omega-3, buah dan sayur-sayuran segar. Makanan ini akan membantu memperbaiki kerosakan tubuh akibat stres dan mencukupi keperluan nutrisi untuk membina otot wajah serta meningkatkan pengeluaran kolagen.
Selain itu, enzim yang terdapat pada buah dan sayuran mentah juga akan Menyalurkan lemakprotein dankarbohidrat ke organorgan tubuh yang tepat dan memerlukannyaBukan menyimpan sehingga menjadi timbunanlemak dan air.
3. Senaman Wajah
Perlu diingat, gabungan antara latihan fizikal dan senaman wajah sangat penting untuk membuat pipi chubby lebih tirus. Menggabungkan senaman aerobik dengan senam wajah untuk dapatkan hasil maksimum. Untuk yang bertubuh gemuk atau kurus, lakukan senaman wajah 15 minit sehari. Tetapi tidak hanya itu saja, bila anda mendambakan pipi yang sedikit tirus, lakukan regangan dan pergerakan pada otot tulang pipi (otot yang membuat pipi kelihatan membulat saat tersenyum).
6 Teknik Senaman Hilangkan Pipi Tembam
senaman pipi tembam

1. Kunyah Gula-gula Getah 
Dengan mengunyah gula-gula getah akan membuat otot di wajah kita bergerak seperti bersenam. Selain bermanfaat untuk meniruskan pipi yang tembem, mengunyah gula-gula getah juga dipercayai mampu menenangkan saraf dan membersihkan gigi kita. Namun mengambil gula-gula getah juga tidak boleh terlalu banyak kerana  akan membuat gigi kita rosak.
2. Senaman  X-O
Anda Pasti Pelik apa maksud dari xo ini. XO yang dimaksudkan disini adalahAndameniru atau mengucapkan huruf x lalu mengucapkan huruf o. Sehingga akan membentuk sebuah gerakan membuka dan menutup mulut. Hal ini juga termasuk dalam  Teknik senaman wajah.
3. mengangkat pipi keatas
Angkat pipi keatas seperti saat anda sedang tersenyum. Angkat pipi hingga mendekati mata. Hal ini boleh dilakuakn berulang-ulang dan bila-bila masa anda sempat kerana tidak memerlukan tempat atau masa yang tepat. Tetapi jangan Lakukan Di Depan Orang Ramai. Nanti Orang Fikir Anda Gila bila Senyum sorang-sorang
4.  membuka mulut lebar-lebar
Buka mulut atau rahang seperti saat anda mengucapkan huruf A. Tetapi Jangan Membuka Mulut Terlalu Luas sampai terasa sakit. Lakukan Latihan ini sebanyak 3 kali dalam satu hari. Jangan terlalu lama dan jangan terlalu Kerap Kerana akan membuat rahang menjadi sakit.
5. Buat Mulut  ikan
Buat bentuk bibir ikan, anda tahu kan bagaimana bentuknya bibir ikan? Juihkan Bibir AndaKedepan  Dan sedutkan pipi Kedalan lakukan berulang-ulang. Hati-hati jangan sampai luka bahagian dalam pipi anda.
 6. Kembongkan Pipi 
Tiup kedua pipi anda Kembongkan Macam ikan Buntal, lalu tahan beberapa saat. Selepas itu kembungkan pipi kiri pulak kemudian tahan lagi beberapa saat. Lakukan juga pada pipi yang sebelah kanan. Senaman Ini boleh Anda lakukan secara berulang-ulang.
Previous
Next Post »