10 Jenis Perkerjaan Bergaji Tinggi Bagi Fresh Graduate


Senarai 10 jenis pekerjaan bergaji tinggi di Malaysia ini adalah untuk graduan baru. Mereka yang baru nak bertapak dalam dunia kerjaya. Kaji selidik ini telah dilakukan oleh Jobstreet.com.

Berdasarkan kajiselidik Jobstreet.com ini, mendapati sektor farmasi menawarkan gaji yang tertinggi bagi graduan baru menamatkan pengajian, dengan gaji permulaannya sebanyak RM3,640.00.


Ditempat kedua pula adalah bagi jawatan eksekutif yang bertanggungjawab dalam merangka strategi korporat, dimana gaji permulaannya adalah sebanyak RM 3,200.00. Dan bagi sektor perkhidmatan kewangan ditempat ketiga dengan gaji permulaannya sebanyak RM3,054.00.

gaji+graduan+baru+di+malaysia


Selain daripada jenis pekerjaan yang disenaraikan diatas, secara puratanya gaji permulaan yang ditawarkan kepada graduan baru adalah diantara RM 1,600 hingga RM3,000. Bagi Graduan Ijazah Sarjana Muda rata-rata gaji yang ditawarkan adalah lebih kurang RM 2,100 sebulan.

Dalam pada itu, walaupun gaji permulaan seorang doktor hanya RM 2,719.00, namum gaji mereka meningkat dengan pantas dalam masa 4 tahun berdasarkan pengalaman kerja. Gaji seorang doktor akan naik sehingga RM3,900.00 dalam tempoh yang singkat.
Previous
Next Post »