Air Bertukar Emas Selepas Gempa Bumi

Ajaib! Air bertukar emas selepas gempa bumi
Gempa bumi adalah suanasa yang mengerikan. Bila terjadi pasti kemusnahan yang dahsyat berlaku. Dalam satu abad, korban akibat bencana ini dianggarkan seramai 3.6 juta orang yang terkorban. Itu belum lagi dikira kerugian harta benda.

Namun, sebuah kajian terkini telah mendedahkan bahawa gempa bumi boleh mengubah air menjadi emas. Nampak macam cerita-cerita khayalan dari buku je kan? tapi kejadian ini benar-benar berlaku.

Bagaimana itu boleh terjadi?

Kandungan emas telah tersimpan di dalam perut bumi selama jutaan tahun, dan manusia melakukan carian dengan bantuan gelombang seismik.

ketika terjadinya gempa bumi telah menggoncang batu-batu emas. Memisahkan batu-batu itu menjadi beberapa bahagian, dan membolehkan beberapa bahagian keluar menjadi cecair.

Menurut Jurnal New Scientist, para ahli geologi telah lama mengetahui emas terbentuk daripada sebuah mineral yang kaya kandungan air. Mineral itu mengalir di bawah tanah akibat dari retakan gempa bumi, kemudian menyatu dengan kandungan emas.

Kajian terbaru ini menunjukkan bahawa perubahan tekanan yang berlaku akibat gempa bumi telah membantu mineral itu mengalir menuju kerekahan batu-batuan di bawah perut bumi.

Menurut Dion Weatherley, ahli geofisika di University of Queensland di Australia, yang menjadi ketua penyelidikan, dengan menggunakan beberapa model, para penyelidik mampu menentukan mekanisme kuantitatif yang menghubungkan emas dan mineral.

“Gempa bumi telah membuka banyak celah di dalam perut bumi, kemudian dari celah itu muncul emas yang keluar. Dan akhirnya mineral mengalir di celah itu dan telah membawa kandungan emas,” kata Weatherley.

Ia menjelaskan, cecair mineral yang kaya dengan kandungan emas itu boleh bertukar dengan cepatnya menjadi zat padat. Itu berlaku kerana penurunan suhu yang begitu cepat. “Tekanan udara telah membuat cecair menguap dan meninggalkan seketul emas,” jelasnya.

Emas yang terbentuk dari cecair mineral selepas berlaku gempa bumi tidak begitu banyak. Paling banyak cecair itu membawa satu dari seperjuta elemen yang berharga.

“Namun, zon gempa di kawasan Alpine Fault di New Zealand telah berjaya membina lombong emas selama 100,000 tahun,” kata Weatherley.

Kajian ini telah diterbitkan pada tarikh 17 Mac 2013 di Jurnal Nature Geoscience dengan judul Flash vaporization during Earthquakes evidenced by Gold Deposits.

Sumber Olahan Semula dari Science World Report


Sumber: Ajaib! Air bertukar emas selepas gempa bumi | Kakiharu Blog™ http://kaki-haru.blogspot.com/2013/03/ajaib-air-bertukar-emas-selepas-gempa.html#ixzz3kNHZe4OX
Follow us: @gengharu on Twitter | kakiharublog on Facebook
Previous
Next Post »