Fathia Latiff Jawab Isu Bogel Dalam Filem dan Drama Tidak Bermoral | Belum apa-apa lagi, pelakon Fathia Latiff telah dikaitkan dengan kontroversi tidak berbaju atau berbogel dalam filem terbaru lakonannya bersama Sharnaaz Ahmad berjudul Darah Panas.
Dalam filem tersebut dia yang membawakan watak sebagai Shahana dipaksa menjadi pelacur sehinggakan ada babak-babak erotis dipamerkan dalam filem tersebut.
Bagi pelakon cantik ini, dia menjelaskan tidak ada sebenarnya babak yang menggambarkan dia berbogel tetapi hanyalah memakai baju yang seksi sahaja.
“Sebenarnya tidak ada pun babak berbogel. Paling teruk pun pakai seksi itu pun di babak-babak akhir dan tidak ada babak rogol dan bogel,” jelasnya semasa tayangan filem Darah Panas.
Memetik portal Roti Kaya, dia turut memberitahu sebelum bersetuju untuk membintangi filem ini dia sebenarnya berfikir untuk tidak mengambil watak tersebut tetapi ingin mendidik masyarakat terutamanya remaja generasi sekarang ini supaya tidak terpengaruh dengan media sosial dan mempercayai orang yang tidak dikenali.
“Filem ketiga dan saya jarang berlakon filem. Tujuan saya berlakon dalam filem ini ialah untuk mendidik remaja agar jangan mudah terpengaruh dengan media sosial. Dalam filem ini banyak teladan yang boleh diambil seperti jangan mudah percayakan orang luar yang tidak dikenali”
Dalam pada itu, Fathia Latiff turut berkata isu yang membabitkan peminat yang mengatakan drama Dia Isteri Luar Biasa lakonannya sendiri yang sedang rancak ditayangkan di TV3 itu adalah tidak bermoral ialah suatu tidak benar. Baginya penonton perlu melihat daripada sudut positif.
“Setiap drama ada penjahat dan ada orang baik. Jadi saya rasa drama-drama semua ada nilai-nilai negatif dan positif. Benda yang positif kita ambil sebagai contoh. Tetapi negatif kita ambil sebagai iktibar. Saya rasa sebagai manusia yang ada akal kita boleh fikir mana yang baik dan buruk”
“Bagi saya kata tak bermoral itu saya tak nak komen apa-apa. Cuma nak cakap tengok cerita itu sampai habis. Pengajaran daripada cerita tersebut boleh diperolehi di penghujung episod. Ketika itu penonton boleh menilainya dengan sendiri,” katanya.
Sebagai pelakon yang membintangi drama itu, pada mulanya dia berasa terkejut apabila mendapat maklum balas seperti itu tetapi tetap optimis dengan kekuatan drama ‘isteri luar biasa’.
“Saya mula-muka terkejut dengan maklum balas apabila ada orang cakap cerita itu tak bermoral kerana saya sendiri yang melakonkan watak itu. Setiap drama mempunyai moral yang kita boleh tunjukkan. Jadi saya seru pada peminat tengok cerita itu sampai habis dulu baru kita menilai”
Buat peminat Nur Fathia, jangan lupa menyaksikan filem lakonan terbarunya bersama pelakon kacak Sharnaaz Ahmad berjudul Darah Panas untuk melihat babak-babak yang dikatakan ‘panas’ itu, pada 4 Jun ini di seluruh pawagam tanah air.
ConversionConversion EmoticonEmoticon