Laman Web Rasmi AHMAD MASLAN Telah DIGODAM!!


Laman web Datuk Haji Ahmad Maslan telah di hack oleh Anonymous dari Malaysia. Apa yang menarik adalah mesej dalam bentuk surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang ditulis pada laman web itu. 

Salam 1 Malaysia, Ke hadapan Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri Malaysia.
Kami hanyalah rakyat biasa. Kami tidak mempunyai kekayaan dan status. Tetapi,kami merasakan perlu supaya saudara mendengar keluhan kami. kami mmengutuskan surat terbuka ini kerana kami sudah tidak lagi yakin dengan kepimpinan saudara. Saudara, Malaysia kini berada di tahap membimbangkan. Majoriti anak muda di Malaysia berpendapatan kurang daripada RM2000/bulan. Mereka menghadapi kesukaran untuk menampung beban kehidupan, terutamanya bagi mereka yang bekerja dan menetap di kawasan bandar. Kos sara hidup semakin tinggi. Rumah semakin mahal. Anak muda menghadapi kesukaran untuk melunaskan hutang PTPTN. Dan sudah tentu, perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menyebabkan anak muda terpaksa mengikat perut. Cukai GST secara tidak langsung mendorong inflasi harga barang. Kerana GST, ramai daripada anak muda tidak mampu untuk menikmati makan tengah hari di luar. Malah, kami terpaksa membawa bekal makanan ke tempat kerja akibat kenaikan harga barang. Namun, kami agak kecewa dengan sikap boros saudara. Perkahwinan anak perempuan saudara yang sungguh “mewah” dan “membazir” itu menambah lagi kesakitan hati kami. Di saat, harga barang semakin meningkat, mengapakah saudara tergamak menganjurkan majlis perkahwinan mewah, sedangkan kami dan rakan-rakan lain yang lain terpaksa mengikat perut untuk menanggung kos hidup seharian. Sikap saudara yang seolah-olah tidak peduli akan kesulitan yang kami hadapi menyebabkan kami semakin menyampah dengan slogan-slogan pentadbiran saudara yang kononnya sedia mendengar luahan hati kami. Apa sudah jadi dengan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”? Di manakah janji-janji manifesto semasa pilihan raya? Pepatah Inggeris ada menyebut “action is louder than words”, namun apa yang kami perhatikan adalah sebaliknya. Saudara hanya pandai bercakap tetapi gagal untuk melaksanakan kata-kata saudara.
Saudara, Pendedahan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan ketirisan wang berbilion ringgit menyebabkan rakyat Malaysia semakin resah. Namun, sehingga hari ini saudara gagal menjawab tuduhan-tuduhan yang dikaitkan ke atas saudara. Ini menyebabkan rakyat Malaysia khususnya anak muda hilang kepercayaan terhadap pentadbiran saudara. Rakyat Malaysia berhak untuk tahu bagaimanakah wang mereka dibelanjakan. Mereka bekerja dengan bersusah payah untuk memperoleh kekayaan dan mereka menjalankan tanggungjawab kepada negara dengan membayar cukai. Tetapi, saudara mengkhianati amanah mereka. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kami berpendapat saudara perlu mengambil tanggungjawab untuk mengisytiharkan harta kekayaan setiap menteri-menteri Kabinet. kami sarankan saudara mengambil contoh dua orang Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Dr Jeyakumar (ahli Parlimen Sungai Siput) yang mengambil langkah proaktif untuk mengisytiharkan kekayaan mereka. Jika saudara seorang pemimpin yang terhormat, kami cadangkan saudara mengambil gesaan berikut dengan serius. Rakyat berhak tahu apakah pemimpin-pemimpin yang mereka lantik seorang yang berprinsip atau tidak. Rasuah dan ketirisan adalah perkara yang tidak boleh dikompromikan. Saudara sering mengatakan rasuah adalah punca kerosakan negara kita. Namun, kami ingin bertanya adakah saudara benar-benar maksudkan atau ia cuma sandiwara murahan untuk mendapat simpati. Kami bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyeru agar dijalankan siasatan penuh ke atas 1MDB. Namun, saudara masih belum mengemukakan sebarang kenyataan tentang perkara ini. Kami beranggapan saudara masih belum punya kekuatan untuk menegakkan keadilan. Ini kerana saudara juga gagal menjawab tuduhan Tun Dr Mahathir yang menuduh saudara terlibat di dalam skandal 1MDB. Tindakan berdiam diri tidak akan menyebabkan kami yakin saudara tidak terlibat. Saudara harus tampil untuk menjelaskan tuduhan ini!
Saudara, Kita hidup di dalam zaman moden. Kemunculan media sosial membantu rakyat Malaysia untuk berani mengajukan pendapat mereka sendiri. Kebebasan tidak mudah untuk disekat. Media sosial juga membantu kami untuk membuat penilaian yang adil. Jika saudara merasakan kebenaran masih boleh disembunyikan, ternyata saudara silap. Saudara perlu tahu rakyat Malaysia tidak bodoh. Saudara tidak boleh menyekat kebebasan kami untuk bersuara dengan memperkenalkan akta zalim seperti Akta Pencegahan Keganasan (Pota) dan Akta Hasutan. Tindakan saudara menangkap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, aktivis dan ahli akademik menggunakan akta-akta zalim tidak akan menyebabkan rakyat Malaysia akur dengan pentadbiran saudara. Tindakan saudara hanya akan mendorong lebih ramai orang bangkit menentang saudara. Penggunaan akta zalim juga menunjukkan saudara tidak yakin dengan kepimpinan saudara. Bagi kami, manusia yang tidak yakin untuk memerintah adalah manusia yang tidak layak untuk memerintah Malaysia. Saudara menunjukkan saudara tidak layak untuk memimpin kami. Kita perlukan pemimpin yang berani berkata benar di hadapan kebenaran, mengaku silap di atas kesilapan. Untuk pengetahuan saudara, saudara tidak mempunyai ciri-ciri pemimpin sepertimana yang kami sebutkan tadi. Saudara cuma mahu dilihat berani, tapi ketahuilah saudara sebenarnya seorang pengecut. Saudara, Sebagai seorang rakyat Malaysia, kami berhak untuk mengatakan saudara tidak lagi layak untuk memimpin. kami sarankan supaya saudara meletakkan jawatan dan bersara daripada dunia politik. Malaysia mempunyai ramai tokoh yang berprinsip untuk memimpin kami. Jika saudara seorang pemimpin yang berprinsip dan bermaruah, kami ingin mencadangkan supaya saudara mengundurkan diri dan beri peluang kepada tokoh-tokoh muda untuk memimpin Malaysia dengan adil dan saksama. Anak muda berhak menentukan nasib mereka sendiri !!
REMEMBER that we are capable to do more than you expected!
We are anonymous
We are legion
We do not forgive
We do not forget
Expect us.
Previous
Next Post »