9 Jenis Makanan Yang Perlu Diambil Ketika Demam


1) Bawang Putih – Bertindak sebagai antibiotik semulajadi dan membantu dalam melawan jangkitan penyakit. Selain itu bawang putih juga dikatakan mempunyai ciri-ciri anti-virus dan boleh menghasilkan antioksidan. Untuk mendapat khasiat yang lebih seeloknya bawang putih diambil secara mentah. Caranya ketuk beberapa ulas bawang putih, rendam di dalam segelas air untuk beberapa jam dan kemudian minum airnya.
2) Kunyit – Sejak dulu lagi, kunyit dipercayai mujarab untuk merawat jangkitan virus dan bakteria. Malah kunyit dapat membantu jika ditambahkan ke dalam makanan anda apabila anda mempunyai selesema. Anda juga boleh menambah sedikit kunyit dengan susu panas untuk membantu melegakan selesema.
3) Halia – Jika terasa sejuk-sejuk badan, amalkan meminum air halia dengan limau. Caranya campur sedikit halia tua dan beberapa sudu jus limau ke dalam segelas air panas. Minum dua kali sehari
4) Madu – Madu mentah mengandungi antibakteria dan antivirus yang boleh membantu melawan jangkitan bakteria. Madu juga bertindak sebagai penawar sakit tekak. Caranya campurkan segelas air dengan madu. Boleh juga tambahkan madu ke dalam air teh atau air limau.
5) Ikan – Pengambilan beberapa jenis ikan yang kaya dengan Omega3  seperti tuna, salmon dan ikan kembung dapat membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Seseorang lebih mudah dijangkiti selsema jika mempunyai keradangan yang kronik.
6) Tiram – Kandungan zink dan mineral penting dalam tiram membantu mengurangkan jangkitan selsema
7) Bunga Lawang – Bunga Lawang dapat membantu jika anda mengalami masalah batuk dan kesesakan dada. Ianya mempunyai ciri-ciri antibakteria dan dapat membantu merawat dari batuk dan kesesakan dada dalam saluran pernafasan. Anda hanya perlu letakkan bunga lawang, bawang putih, gula, dan kayu manis ke dalam air panas. Kemudian minum airnya. Amalkan sekali sehari.
8) Blueberry – Kajian menunjukkan bahawa beri biru mempunyai antioksidan yang paling tinggi berbanding buah-buahan segar yang lain. Buah blueberi membantu dalam meningkatkan imuniti badan dalam menentang demam dan selesema.
9) Sayuran Hijau – Sayuran hijau secara lazimnya memang baik untuk kesihatan. Ia sangat berkhasiat dan memang sesuai diambil ketika sedang demam ataupun selsema.
Previous
Next Post »