Minuman 3-in-1 boleh mendatangkan bahaya kerana ramai yang tidak menyedari sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan selain digembar-gemburkan mampu menambah tenaga.Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat sedikit.
Ia tidak member sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut.Selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit.
Krimmer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.Gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan jadual kerja harian turut memainkan peranan mempopularkannminuman itu kerana ia mudah dibancuh walaupun di tempah kerja.
Info Kandungan minuman 3-in-1:
1) Mengandungi lebih tiga sudu the gula dalam setiap pek.
2) Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.Selain gula, krimmer
yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan
3) Mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu
malam.
4) Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.Jumlah kalori itu sama dengan dua keping roti atau
sepinggan nasi.
5) Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan
berlebihan.
6) Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat
sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.
ConversionConversion EmoticonEmoticon