AWAS!!Anda Akan Dibunuh Serta-Merta Sebaik Sahaja Mendekati Pulau Ini || WAJIB BACA!!

Pulau Utara Sentinel

Pulau Ini Ibarat Syurga, Tapi Anda Akan Dibunuh Serta-Merta Sebaik Sahaja Mendekatinya | SEBUAH pulau di Lautan Hindi, berdekatan kepulauan Andaman dilapor mempunyai ‘syurga pantai’ yang pasti akan memikat sesiapa sahaja selepas melihat keindahannya.

Namun, pulau yang didiami suku kaum orang asli sejak 60,000 tahun lalu itu amat berbahaya untuk orang asing.

Hal ini kerana, sesiapa sahaja yang mendekati pulau tersebut akan dibunuh serta merta, sama ada dipanah atau dibaling batu.

Pada 2006, dua lelaki yang memancing berdekatan Pulau Utara Sentinel ini yang terletak di bawah wilayah kedaulatan India telah dibunuh penghuninya.

Antara pulau bertamadun yang terletak paling dekat dengan pulau tersebut ialah pulau Andaman.

Pulau Utara Sentinel

Selain itu, tinjauan udara yang dilakukan pihak berkuasa menggunakan helikopter juga dipanah dan dibaling batu oleh orang asli terbabit.

Berikutan itu, pihak berkuasa India kini mengawal pulau tersebut dan membuat larangan pihak luar mendekatinya sebagai langkah keselamatan.

Difahamkan, sebelum ini terdapat bot nelayan cuba menangkap ikan berhampiran pulau tersebut, bagaimanapun mereka telah ditahan pihak berkuasa lapor Mstar.
Previous
Next Post »