3 JENIS MAKANAN YANG PERLU IBU BERPANTANG JAUHI

MAKANAN YANG BOLEH DI MAKAN DAN TIDAK BOLEH DI MAKAN OLEH IBU BERPANTANG




MAKANAN BERBISA



Ayam yang bersifat protein dan sering di jadikan rendang sebagai menu hari raya. Ianya sebenarnya bersifat 'bisa' yang boleh melambatkan penyembuhan luka bersalin dan boleh menyebabkan pendarahan bagi ibu yang sedang di dalam pantang. Selain ayam, telur, ikan bawal, ikan terubuk,  ikan pari dan ikan sembilang juga antara makanan yang berbisa dan tidak di galakkan ibu berpantang untuk mengambil makanan ini.  Ia juga boleh menyebabkan bentan pada pintu rahim. Mengikut petua Melayu, ikan haruan dan ikan yu  antara makanan yang di cadangkan bagi ibu yang sedang berpantang. Kerana di percayai boleh memperbanyakkan susu ibu, menyembuhkan luka luaran dan dalaman





MAKANAN BERSIFAT SEJUK

Antara buah dan sayuran yang bersifat sejuk ialah kangkung, petola, terung, timun, tembikai dan pisang. Makanan bersifat sejuk ini boleh memudaratkan kesihatan ibu yang sedang berpantang. Kerana boleh menyebabkan kembung, kejang otot dan sakit badan. Laksa, bunga kantan dan daun kesum juga tergolong dalam makanan bersifat sejuk yang perlu ibu berpantang elakkan. Ianya boleh memberi kesan tidak bagus pada kesihatan yang berkaitan dengan urat.





UBI-UBIAN

UBI-UBIAN seperti keledek, keladi dan ubi kayu boleh mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan ibu kembung perut.


Diakui bahawa tiada kajian perubatan yang mengatakan setiap ibu bersalin perlu berpantang. Tetapi, kepercayaan turun temurun nenek moyang dahulu telah terbukti amalan ini akan mengembalikan tenaga dan kesihatan yang baik untuk ibu selepas berpantang.
Previous
Next Post »